Tuesday, January 17, 2012

Allah Maha Bijaksana

Situasi ini berlaku pagi tadi di saat otak sedang memerah tenaga memikirkan sesuatu.


Ketika melangkah turun untuk membuang sampah, ternampak sepasang suami isteri baru keluar dari kereta. Mulanya terfikir mungkin keluarga pelajar yang datang melawat.


Namun bila pintu di bahagian pemandu terbuka, terlihat si isteri yang keluar. owh, rupanya isteri yang memandu, si suami duduk di kerusi bahagian penumpang. Saya kenal pasangan ini. Si isteri adalah pensyarah kawan-kawan saya. Berdasarkan pemerhatian saya sebelum ini, si isteri nampaknya lagi dominan dari suami.


Tiba-tiba terlintas di fikiran saya :


' Jangan sampai wanita menjadi fitnah kepada lelaki.'


Astagfirullahal'azim. terkedu saya sebentar.



Firman Allah dalam kitab agungNya :


" Dan ketahuilah, bahawa hartamu dan anak-anakmu itu adalah fitnah dan sesungguhnya di sisi Allah-lah pahala yang besar." ( Surah Al-Anfal : 28 )


Sungguh, Dia memang Maha Bijaksana. Andai punya masalah mahupun keputusan yang ingin dibuat, mengadu padaNya, yakin dan percaya bahawa Allah ada jawabNya.


Alhamdulillah, terima kasih ya Allah!


Sunday, January 1, 2012

Officially 21

Terima kasih kepada semua atas ingatan dan ucapan sempena hari kelahiran saya, 01 Januari 2012.

Secara rasminya kini melangkah lagi ke fasa baru, tahun ke-21. Tahun di mana seseorang layak untuk mengundi.

Alhamdulillah syukur. Terima kasih Ya Allah atas kesempatan untuk masih bernyawa sehingga ke saat ini. Alhamdulillah.

Cuma ingin berkongsi cebisan ingatan :

"Jika engkau bersyukur, maka akan kutambahkan (nikmat-Ku), dan jika engkau kufur (ingkar) sesungguhnya siksa-Ku amat pedih."(Ibrahim :7).


Sunday, December 25, 2011

Task


It's not an easy task to handle people. Especially in making decision for the sake of all party, where you are the one who have the authority to decide. Because, everyone has different characteristics, different attitude and different wants and needs, thus too many things to be considered.

We can't afford to satisfy everyone's wants, but what matter most is, we have to be fair and natural. No bias.

Get to know well the differentiation between personal and professional. So the personal perception will not influencing you in the process of making decision.


Sunday, November 13, 2011

angan dan cita


menggapai cita-cita bukan semudah merangka angan-angan.
perlu mulakan persiapan seawal mungkin.
bukan esok atau lusa, tapi saat ini.

******************

tersentak seketika apabila memikirkan rancangan perjalanan masa hadapan, laluan ada, matlamat sudah dipatri, namun hingga kini terasa persiapan masih belum ampuh sepenuhnya. Mungkin kerana fokus adakalanya tersasar, hanyut dengan mainan emosi, terbawa dengan anasir remeh.Ya Rabb, bantu hamba Mu ini. Amin.

Wednesday, October 26, 2011

Ketika ini :


detik waktu terus berjalan
berhias gelap dan terang
suka dan duka tangis dan tawa
tergores bagai lukisan

seribu mimpi berjuta sepi
hadir bagai teman sejati
di antara lelahnya jiwa
dalam resah dan air mata
kupersembahkan kepadaMu
yang terindah dalam hidup

meski ku rapuh dalam langkah
kadang tak setia kepadaMu
namun cinta dalam jiwa
hanyalah padaMu

maafkanlah bila hati
tak sempurna mencintaiMu
dalam dadaku harap hanya
diriMu yang bertahta

detik waktu terus berlalu
semua berakhir padaMu


:: memang aku insan yang rapuh, moga mampu terus bertahan menghadapi ujian dariNya ::

Wednesday, August 24, 2011

tolong


bila budak kecik diberi peluang untuk tolong buat kueh raya...

*tengah susun almond london dalam dulang, azra tolong letakkan badam cincang atas almond.

tanpa saya sedari :

" satu untuk biskut, satu untuk saya...satu untuk biskut, satu untuk saya..."

haha.sabar je la budak2 skrg ni.bijak sangat mengadaptasi iklan dalam kehidupan. pandai mencari ruang dan peluang.

bila ditegur :

"kakak, sudah la tu.jangan makan badam tu, siapkan kerja dulu. ayie cakap....

tiba-tiba,

"...sekali seja ni. dengar!" (budak ni potong cakap aku). "kan betul, kakak hafal sudah apa ayie mau cakap."

grrrrr.sabar.sabar.haha


Azra Khairani :: budak kecik, mata besar! :: :)

note : ayie/acik tu panggilan utk kami, dlm bahasa cina = mak cik. ayie baru glamour sikit.mak cik hampeh je bunyi. :D


Sunday, August 14, 2011

Sarjana Muda Pentadbiran Korporat dan Hubungan - USIM

Salam. as what i've promised before! *although it takes me almost a month to update, a tonnes of apology for being late, currently busy with works. orait, let's make it short and precise! ;) *


Sarjana Muda Pentadbiran Korporat dan Hubungan - Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)

Justifikasi Program :
  • Program yang merangkumi semua aspek Pendidikan Islam dan bidang yang berkait rapat dengan Perakaunan dan Kewangan Islam serta konvensional.
  • bagi memenuhi permintaan semasa pasaran dalam bidang pentadbiran korporat, di mana bilangan graduan profesional masih rendah yang berdaftar dengan Institute of Chartered Secretaries and Administrators (MAICSA), berbanding dengan lebih 700 000 syarikat yang berdaftar dengan SSM (Suruhanjaya Syarikat Malaysia).
  • Karier utama ialah Setiausaha Syarikat dengan kelayakan exam professional dari MAICSA. Antara peluang kerjaya lain ialah legal advisor, eksekutif pemasaran, penasihat kewangan, penasihat pelaburan ekuiti.
Komponen Program :
  • pengajian sepenuh masa selama 4 tahun ( 8 semester )
  • sekurang-kurangnya 138 jam kredit
Struktur Program :
  • terbahagi kepada 4 bahagian :
  1. Kursus Wajib Universiti - 22 unit
  2. Kursus Wajib Fakulti - 26 unit
  3. Kursus Wajib Program - 84 unit
  4. Kursus Elektif Program - 6 unit
Program Wajib Fakulti :
  • Tahun pertama : Lawatan Industri
  • Tahun kedua : Lawatan Antarabangsa
  • Tahun Ketiga : Program Usahawan ( I-ceps)
  • Tahun Keempat : Latihan Industri


now, let's see what are the courses offered (which is compulsory for everyone to take) in first year :

Sem 1 :
  • Bahasa Inggeris 1
  • Bahasa Inggeris 2
  • Bahasa Arab 1
  • Bahasa Arab 2
  • Tamadun Islam dan Tamadun Asia
  • Hubungan Etnik
  • ICT
  • Ko-Kurikulum
Sem 2 :
  • Bahasa Inggeris (for business)
  • Bahasa Arab (for business)
  • Prinsip dan Amalan Komunikasi Dakwah
  • Pengantar Perniagaan
  • Prinsip dan Amalan Pemasaran
  • Ekonomi Perniagaan
(you guys will also have a short sem for about 2 months which is also compulsory for all first year students, except admin will diminished it..hee)

Short Sem :
  • Akidah Islam
  • Fiqh Ibadat dan Munakahat
and this is my batch! :)... going to be 2nd year this upcoming semester.

and welcome to all juniors! :)


sources from : Courses description from USIM's cd